Friday, 6 April 2012

surat untuk awak#1#

untuk awak.
yang bakal melengkapi rusuk kiri ini.
saya minta maaf.
sebab tak mampu menjadi lelaki yang terbaik untuk awak.
sebab saya sedar.
diri saya sebelum mereka yang lain menilai kita.
ya,itu lah kelebihan cermin untuk kegunaan manusia.
cermin diri namanya.

awak.
saya tahu saya tak mampu menjadi imam.
kepada awak dan anak-anak kita.
tapi sekurang-kurangnya saya akan mencuba.
sedaya upaya untuk menjadi imam akan solat yang sempurna.
walaupun sedar diri ini tidak hebat dalam bab agama.
tapi saya berjanji untuk perbetulkan semua.
khilaf seorang manusia.

untuk  bakal makmum saya,
tahu tak awak.
imam yang menjadi ketua.
dalam ibadah kita juga ada melakukan kesilapan.
lupa dalam bacaan.
lupa dalam setiap pergerakan.
lupa tata tertib perjalanan.
dan sebagainya.
niat bukan mencari salah manusia.
tapi ingin kata kan kebenaran.
bahawa mereka juga manusia.
sama seperti saya.
lupa penyakit manusia.


untuk awak 
yang bakal saya nikahi.
bakal menjadi isteri kepada lelaki ini.
tahu tak awak.
di sebalik kejayaan lelaki.
di sisi nya ada seorang isteri.
yang menjadi nadi.
degup tak mati.
berisipadu kuat yang pasti.


untuk awak.
yang bernama isteri.
diharap saya dapat membimbing awak.
ke jalan yang di redhai NYA.
begitu juga  harapan saya.
pimpin lah saya bila saya leka.alpa.
sebab saya juga manusia.
yang mudah lupa.
dan tidak pernah sempurna. 


sekian.nota untuk hari ini.







5 comments:

  1. nice :)
    untung la awak. haha.
    moge berjaya. Amin~

    ReplyDelete
  2. beruntung gadis yang bakal awak kahwini...semoga berbahagia sampai ke syurga..insyaallah..gud luck..walimatulurus jangan lupe jemput

    ReplyDelete
  3. suke ayat kamu ne... sgt bes..
    bertuah perempuan tuhh...:)

    ReplyDelete
  4. ~~TeRiMa KaSiH SaYanG~~

    ReplyDelete