Wednesday, 22 February 2012

bangun orang timur.

mari aku bawa.
bawa kau pergi.
pacu laju-laju.
lari dari realiti.
mari aku bantu.
sedarkan kau dari mimpi.
tentang kehidupan ini.
tentang diri ini.

sebelum peta dunia .
aku tebar.
aku buka.
untuk diconteng.
dengan nawaitu mengajar kau tentang kisah ini.
pastikan ada pena dengan nota disisi mu.
untuk kau catitkan.
setiap masalah yang dihadapi.
untuk diselesaikan itu mesti.

kau perlu peduli.
kau perlu ambil tahu.
hidup kena tempuh.
untuk apa saja.
tak kira di mana kembara bermula.
kita akan tempuh sama-sama.
ya.kata roh pada jasad kita.

sungguh.
aku lihat.
layu dalam melayu..
kewujudan tak pernah dirasa.
rela mengikut dari menjadi peneraju.
bukan nak kata takde otak.
cuma tak berfikir di dalam kotak.
ya.aku lihat layu dalam melayu.
sungguh aku sayu.

ayuh.
bangunlah semua.
bangkitlah semula hidup kembali.
sebelum cahaya tak menerangi.
perjuangkan hak kita.
yang belum selesai.
melayu aku jangan layu.















p/s:aku bukan rasis.

No comments:

Post a Comment