Sunday 22 January 2012

masa berlari.

tup tap.
nada jam berbunyi.
0330 pagi.
aku maseh x dapat tido lagi.
bulan nie rasa damn sekali.
keje.
study case.
research.
sumpah.
macam tau mau jadi MA lagi.
tapi realiti bukan fantasi.
takdak langsung perkara yang mudah di muka bumi ini.
kte kene belajar.
berusaha.
berdikari.
untuk menjadi seseorang.
tu yang kau kena lalui setiap hari,
dalam perjalanan hidup ini.
mata panda.
penat menanti.
setiap hari.
tapi maseh cuba gagah kan diri.
untuk menjadi lelaki.
yang acap kali cuba lagi.
yeah.
biar hari semalam macam palat.
tapi hari esok maseh ada.
untuk lelaki ini.

felda sendayan

p/s:lama tak update blog.masa lari kan diri dari aku.

Sunday 1 January 2012

gagal dengan jayanya.

kegagalan tak pernah salah.
tiba atau hadir dalam diri kita.hidup kita.
benar sekali.itu yang aku rasa kan tika ini.
dan akan merasainya dalam setiap perjalanan hidup aku.
ya.masanya sangat banyak.untuk merasai nikmat yang dibenci oleh segelintir insani.
tempohnya.sepanjang hidup kita.setiap hari kita.setiap jam kita.setiap saat kita.dan setiap detik kita.
tapi tahu tak kau?
kegagalan boleh menjadi tunas kepada kejayaan.
puncanya pabila kau belajar dari kegagalan.
menjadikan kau lebih matang.
dalam setiap pemikiran.perbuatan.dan keputusan.
tanpa kegagalan.
kau tak akan merasai nikmat.
nikmat kehidupan sebagai seorang MUSLIM.
dan selalulah kau berdoa.
kepada TUHAN yang akan memakbulkan setiap rezeki yang kau kepinginkan.
dan bertawakal kepada pencipta semua manusia.
agar semua yang kau inginkan berjalan dengan lancar.
diredhai harapnya.
diberkati hajatnya.
dalam setiap amalan yang kau usahakan.
benar daripada sebuah kegagalan.terciptalah sesuatu kejayaan.
tahniah diri.
kau akan gagal dengan jayanya.

ada apa dengan 2012?

aku tau.
korang semua mesti da prepare azam untuk tahun baru kan.
tapi bagi aku.
takde azam pown hendak aku tonjolkan untuk 2012 nie.
sebab aku sedar.
azam-azam aku yang lepas pun dah basi.
semua tak pernah menjadi.
tapi aku ada harapan.
sangat berharap.
dengan harapan itu.
iaitu 'AKU  ADALAH AKU YANG 'LEBIH' DARI TAHUN-TAHUN YANG LEPAS.'
ya.kuasa kan dua kata-kata itu.
kuasa kan tiga untuk kata-kata itu.
dan gandakan angka itu.
maka,insyaallah.2012 akan jadi milik kamu.
dengan jaya nya.
benar.kamu lahir.dipilih.untuk mencorakkan dunia kamu.hari-hari kamu.dengan hebat.
sambil diredhai dan diberkati Illahi.
ya.dengan izin TUHAN.
selamat tahun baru.2012.