Monday 12 December 2011

pergi AYU pergi.

pergi AYU pergi.
jangan sesekali lagi.
mainkan perasaan hati lelaki ini.
nyah kau dari hati lelaki ini.
sebelum timbul perasaan benci.

pergi AYU pergi.
puas kah hati kau kali ini.
menyakiti hati lelaki ini.
yang pernah menyanyangi kau sepenuh hati.
terima kaseh aku ucapkan atas perbuatan mu ini.

pergi AYU pergi,
sebelum timbul nafsu ammarah ini.
dengan penuh rasa benci.
menular dalam diri lelaki ini.
membenci setiap perbuatan wanita yang pernah dikasihi.

pergi AYU pergi.
jangan berlegar di dalam hati.
jangan bermain tari dalam minda lelaki ini.
kerna dia tidak sesekali.
ingin hatinya disakiti lagi.

pergi AYU pergi.
aku insan yang kau anggap tuli.
cuba menghargai.
tetapi tidak pernah sesekali.
kau hargai apa yang lelaki ini beri.
iaitu kaseh sayang sejati.

pergi AYU pergi.
cantik rupa mu berseri-seri.
tapi satu yang kau tidak memiliki.
hati yang ikhlas untuk mencintai lelaki.
benar sekali.
untuk lelaki ini.

pergi AYU pergi.
jangan sesekali kau kembali.
jangan dimakan sumpah lelaki ini.
yang merasakan dirinya teraninaya atas perbuatan mu ini.
kesian sungguh lelaki ini.
begitu kejam kau menzalimi.

pergi AYU pergi.
kau bukan lagi.
menjadi hak lelaki ini.
kerna sedar setiap muhasabah diri.
kau hak ILLAHI.
yang dicipta untuk melengkapkan rusuk kiri ini.

pergi AYU pergi.
lelaki ini lepaskan kau pergi.
dengan kerelaan hati.
agar kau akan mengerti.
pada suatu kala hari nanti,
betapa pentingnya lelaki ini.
yang tidak pernah kau hargai.
sepanjang dia berada disisi mu setiap kali.

pergi AYU pergi.
dengan langkahmu tersendiri.
semoga pandai jaga diri.
jaga-jaga dengan harimu nanti.
nikmati hidup yang mampu membinasakan diri sendiri.
serius kata-kata lelaki ini.
kau tidak lagi membawa sebarang erti.
bagi lelaki ini.
lelaki yang pernah menyanjungimu saban hari.

1 comment: