Monday, 12 December 2011

lelaki yang aku kenali.

serius kata ini.
bagi lelaki yang AKU kenali.
dia sangat semulajadi.
memiliki hati berkendongkan sanubari.
ya.dia lelaki yang sedang AKU kenali.

gerak walau hitam.
tapi hujan dihati sedang mendahului.
marah menyelubungi diri.
setan mempersetankan lelaki ini.
ya.benar sekali.
itu lelaki yang AKU kenali.

wahai wanita pelengkap rusuk kiri.
bagi setiap lelaki.
ciptaan ALLAHU RABBI.
sedarkah kau akan permainan ini.
permainan hati.
bermain dengan manusia yang mempunyai hati.
tanpa kau sedari.
hati manusia itu sedih dengan tangisan yang sunyi.
ya.lelaki yang AKU kenali sedang menyendiri.

wahai kekasih hati.
die menganggap mu pujaan hati.
tapi kau menipu dalam gerak geri.
kau menjadi pembohong situasi.
hancur hati lelaki yang AKU kenali.
sedih mengenang nasib diri.
menjadi boneka permainan hati.

wahai empunya diri.
harap bersabar tabahkan hati.
walau lelaki itu sedang bersedih seorang diri.
tanpa mereka sedari.
lelaki itu pergi.
membawa diri.
jauh dari manusia yang tidak mengenang budi.

wahai jasad ini.
ternyata kau lagi suci.
dari apa yang ku jangka akan terjadi.
maaf dari hati.
mereka semua tidak mengerti.
akan lelaki yang AKU telah kenali.

bila tiba masa untuk pergi.
tanpa aku sedari.
aku toleh.
lelaki yang AKU kenali.
rupanya DIRI aku sendiri.
sekian coretan hati ini.
dari LELAKI yang AKU kenali.

No comments:

Post a Comment